Mule-mule sekali aku nak ucapkan terima kasih kat husband coz sudi belikan aku novel nie.. Hehehe.. sayang kamu lebih.. MMMuahhhh! jangan jeles tau. Buku nie aku bru je habis bace pa 8 April 2012 tepat pada jam 12.00 tengah malam. hahaha.. Bersungguh habiskan bace sebab da tak sabar untuk bace novel seterusnya yang aku beli secara online.
uda dan dara karya aisya sofea (my fav writer)
Harga: RM22.00
Halaman: 560
Harga: RM22.00
Halaman: 560
Sinopsis:
Sekian lama terpisah kerana masing-masing mengejar cita-cita, tidak mungkin Siti Mariam menerima cinta Izzat Hilman. Kenangan lalu yang sangat menghiris hatinya sentiasa bergentayangan di hadapan mata. Namun, si uda tidak putus asa. Si dara harus dimiliki walau apa pun yang terjadi.
Ya, mungkin ada rasa rindu di sebalik rasa bencinya terhadap lelaki itu. Namun, dalam diam, Siti Mariam masih tidak mampu membuang perasaan sayang pada Izzat Hilman. Ah, bila memikirkan wasiat arwah ibu lelaki itu, dia jadi nanar. Apatah lagi, kemunculan Khalidah bagai dirancang untuk memisahkan mereka. Hubungan boleh diteruskan, tetapi Siti Mariam meletakkan syarat. Mereka boleh bersama tetapi bersedia untuk berpisah. Tempoh yang diberi hanya tujuh bulan. Muktamad. Berat sungguh syarat itu! Namun, si uda tidak peduli. Si dara perlu akur cinta sejati mereka. Bagi Izzat Hilman, jodohnya bersama Siti Mariam sangat kuat.
“Abang cuma minta Mar bagi peluang sekali ini sahaja lagi, dan abang takkan sia-siakan Mar.”
Kat bawah nie aku letak sekali senarai novel hasil karya aisya sofea yang ada dalam koleksi peribadi yang tersimpan rapi di dalam box yang aku baru beli di Carefour Alamanda, Putrajaya... klakar je siap nak promote Alamanda gitu...
No comments:
Post a Comment