JellyPages.com

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday 10 April 2012

- AlEyA AnEeSa -

Aleya Aneesa bukanlah satu nama yang asing bagi peminat novel. Sebenarnya beliau merupakan salah seorang penulis yang termasuk dalam list penulis faberet aku jugak... Novel terbaru beliau ialah 'Terus Cintai Aku'. Aku letak sekali sinopsis novel nie untukl korang bace.

 
Terus Cintai Aku
Aleya Anessa
Harga: RM 23.00
ISBN: 978-983-124-766-2
Halaman: ~692
Bahasa: Bahasa Melayu
Berat: 450 gram
Tarikh Terbit: 20 Mac 2012
Kategori: Novel

Sinopsis

Kalau tahu sakitnya jatuh cinta, dia lebih rela memilih jatuh lubang. Kalau tahu deritanya merindu, baiklah dia pilih membenci. Hati tak parah, jiwa pun tak merana. Dia hanya Nurzalis Najwa! Kuasa sakti dia tak punya, panah arjuna pun dia tak ada. Yang dia miliki hanyalah sebuah janji.

Sayangnya saat Khilfie muncul, hatinya terbelah dua. Hendak salahkan siapa jika cinta dipegang sebelum waktunya? Setia pula tak kena pada tempat. Lantas, lupa kalau kata tak semestinya dikota. Hati orang pun bukan boleh diikat ikut suka.

Kecewa kerana cintanya tak berbalas, Zalis menjauh. Apa guna jadi permata kalau Khilfie tak mahu menjadi cincin? Hati yang luka biar dicari penawar sendiri. Namun, Khilfie bukan buta. Makin jauh Zalis lari, makin laju dia mengejar. Dia bukan bayang-bayang Zalis, kembar siam pun tidak. Tapi, dia persis gula-gula getah dalam hidup Zalis. Saat sedar matanya memandang Jaznita, hatinya hilang dicuri Zalis. Tak mungkin manusia boleh hidup tanpa hati, kan? Dan cinta... memang pelik, ditolak jauh pun tetap juga mahu mendekat.

Untuk  pengetahuan korang juga sebenarnya aku tengah berhempas pulas menghabiskan bace novel 'Kasih Benar Kasih'.
Ini dia... Jeng3x...

Kat sini aku letak gak novel-novel hasil karya beliau yang menjadi koleksi peribadi aku.

   
 

Sekian....