JellyPages.com

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday 9 August 2012

Damya Hanna

Penulis nie pun aku minat gak.. tapi aku sedih sebab aku masih belum berkesempatan untuk beli novel terbaru dia.. "Ingin Berkasih Lagi" . Novel nie rupa bentuk muka bumi dia camnie..
 
Menarik kan kulit novel nie... Sangat meriah dan membuatkan peprasaan aku membuak-buak untuk memilikinya untuk dijadikan koleksi peribadi.  Aku bagi sekali dia nyer sinopsis untuk korang bace. Mane la tau kot-kot berminat boleh la gie beli untuk koleksi korang lak.

Ingin Berkasih Lagi
Damya Hanna
Harga: RM 25.00
ISBN: 978-983-124-765-5
Halaman: ~640
Bahasa: Bahasa Melayu
Berat: 400 gram
Tarikh Terbit: 20 Mac 2012
Kategori: Novel

Sinopsis

Tidak mahu jatuh cinta! Itu prinsip Isyatul kerana bukan mudah untuk dia menyerahkan hatinya kepada mana-mana lelaki, lebih-lebih lagi kepada Amrin yang sentiasa mengejarnya tanpa jemu. Entah kenapa prinsip itu terbang dibawa angin lalu apabila hatinya dapat menerima lelaki itu ke dalam hidupnya.

Amrin membawa rombongan merisik. Isyatul dilamar sebagai bukti tahap keseriusan lelaki itu mencintainya. Namun, rombongan merisik pulang dalam kehampaan. Isyatul kecewa. Ada sesuatu rahsia yang cuba disembunyikan oleh ayahnya. Amrin pula merana sehingga membawa diri bertahun-tahun lamanya.

Keliru dengan percintaannya, Isyatul diduga dengan kehadiran Najwan. Sikap dan tutur bicara lelaki itu mencuit jiwanya. Dia ingin bercinta lagi. Namun, sejarah cinta lalu menyekatnya daripada menerima hati lelaki itu. Takut pisang berbuah dua kali. Apatah lagi, rahsia yang disembunyikan oleh ayahnya masih belum terungkai. 

Untuk penulis nie novel yang ada dalam koleksi aku cume yang ini...

   


1 comment:

  1. hahaha... akhirnya ak da dapt gak novel Ingin Berkasih Lagi tu... da separuh novel ak bace..

    ReplyDelete